Saturday 22 October 2011

Kata-kata aluan ketua guru

 

Assalamualaikum,
Bismillahirahman nirrahim,
Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam buat rasul junjungan mulia nabi Muhamad  s.a.w.

Pertama sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian sidang redaksi majalah memberikan kesempatan dan ruang kepada saya mewakili ketua guru kafai BAP untuk mengungkapkan sepatah dua bicara dalam terbitan karya yang julung kalinya bagi pelajar sekolah ini. Syabas dan tahniah juga saya rakamkan kepada semua pihak yang telah menunjukkan komitmen yang jitu bagi menjayakan penerbitan majalah edisi pertama ini.
Penerbitan majalah ini merupakan aktiviti luar bilik darjah yang diusahakan oleh pelajar tahun 6 Ibnu Rushd dengan bimbingan daripada guru kelas iaitu ustaz Kamarulnizam Sani bagi tujuan untuk mendokumentasikan seluruh kegiatan perjalanan sekolah sepanjang tahun. Majalah ini juga merupakan satu dokemen yang berharga pada masa-masa akan datang untuk melihat gambar yang lengkap perkembangan yang telah dicapai disekolah ini.
Sebagai guru saya percaya kejayaan bukan bergantung kepada sebelah pihak sahaja .Malah bagi merialisasikan impian dan harapan menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang mempunyai pelajar cemerlang malah gemilang sahsiyahnya. Kerja sama semua pihak amat penting.Justeru itu hubungan akrab antara pihak sekolah antara ibu-bapa serta penjaga memainkan peranan utama bagi mencapai tujuan dan hasrat murni ini.
Integrasi ilmu yang bertunjangkan keagamaan dan keperluan hakiki semasa perlu diperkasa dan diperkukuh bagi menjamin jati diri pelajar terus unggul .
Akhir kalam,saya mendoakan kafai Bandar Armada Putra akan terus berjaya dalam semua lapangan dan majalah terus menjadi bahan dokumentasi yang unggul sebagai pemacu kegemilangan pelajar.
Sekian terima kasih.

Siti Nor Azlina Bt Kasrizan
GPK1.

No comments:

Post a Comment