Friday 4 November 2011

Aktiviti nasyid



Pertama kali mewakili sekolah bagi pertandingan KAMIL 2011.

Kenangan 2011

Semasa latihan nasyid.

Johan maulidrurrasul peringkat surau AlQayyum


posing sebentar.


Posing lagi


Jamuan raya 2011.

Jamuan raya 2011.

Saturday 22 October 2011

Karya kreatif


AKU INGIN TERBANG

Aku aturkan langkah lari darimu, 
namun kemana sahaja engkau mengekori,
aku tak pasti apa yang kau mahu,
ingin saja ku terus menyinta,

pasti aku akan terus merana ,
andai aku melupakanmu aku pula tak bisa..
apa lagi lagi yang harusku buat, 
segalanya masih lagi aku ingat ,

tentang siapa dia diantara kita,
bukannya sekadar teman biasa,
mesranya nampak ketara..
jangan lagi permainkanku bila mana kau tidak lagi menyinta,

jangan pula luahkan sayang,
bila dihatimu tiada lagi ruang..
bebaskanlah aku, 
aku ingin terbang jauh darimu... 

Nabilatul Husna bt Zamri

-----------------------------------------------------------------
PANTUN
DUDUK TERMENUNG DIATAS BATU,
BATU BESAR DITEPI SAWAH;
JIKA HIDUP SALING MEMBANTU,
KERJA SUSAH MENJADI MUDAH

PERGI KEKEDAI MEMBELI PERIA,
KEDAI TERLETAK DI TEPI KOTA;;
 JIKA MAHHU HIDUP BAHAGIA
SALING HORMAT ANTARA KITA.

 DARI SKUDAI PERGI KEMASAI,
PERGI BERSAMA DENGAN ABANG LONG;
KERJA BERAT SEGERA SELESAI,
JIKA KITA TOLONG MENOLONG

SEDAP RASANYA BUAH MELAKA,
MAKAN BERSAMA ANAK NYONYA;
SEANDAINYA MAHU ORANG SUKA,
 SOPAN SANTU ITULAH KUNCINYA.

Shahmi Eqbal Bin Hussain
 -------------------------------------------------------------------
 
IBU

Ibu…
Kedut wajahmu merobek hati
Kenangan lalu terpahat di sanubari
 
Ibu…
Engkau bermandikan peluh
Demi sesuap nasi anak-anakmu
Bersama kasih sayangmu
Umpama buah yang masak ranum…
 
Ibu…
Kali ini aku bangkit
Bersama tekad cita di dada
Bersama harapanmu yang menggunung
Takkan ku rela
Keringatmu mengalir lesu
 
Ibu…
Kini aku hampir
Menggapai kemuncak citamu
Mencapai impianmu
Tunggulah…
Anakmu pulang
Membawa segulung ijazah
Membela nasib kita
Membela nasib bangsa
Membela nasib agama
 
Ibu…
Kegembiraanmu kegembiraanku
Kesedihanmu kedukaanku 

Tuan Izz Liana
----------------------------------------------------------------
RINDU YA RAMADHAN

 
Tika Syaaban mulai terbenam
Langit meremang bercahaya
Syahdu Ramadhan tiada berawan
Anak purnama kini menjelma
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Kemilaumu menjadi harapan
Petunjuk jalan kealpaan
Umat kembali keinsafan
Ya Ramadhan
Persada buat insan kerinduan
Selama ini tiada keruan
Mencari mutiara keimanan
Pupuk semula ketaqwaan
Malammu Ramadhan
Pengikat ukhuwah
Pelerai tembok keegoan
Tarawih penyeri kegelapan
Pelantar teguh pengorbanan
Senjamu Ramadhan
Penyeri segala kenikmatan
Bergema kumandang azan
Terlaksana sudah suatu keawajipan
Ya Ramadhan
Purnama rezeki Allah
Melimpah nikmat tercurah
Kurnia sebuah keikhlasan
Nawaitu untuk Maha Penyayang
Ya Ramadhan
Mungkinkah esok akan kembali
Mungkinkah ia menjelma lagi
Insan akan terus menanti
Rindukan berkunjung pasti…. 

Adilah
-----------------------------------------------------------
CERITA SEORANG MAMA
 
Di jendela
Seorang mama sepi
Mata tua merenung jalan
Mengenang satu kehilangan
Anakku..
Kelamarin kulepaskau pergi
Ke kota berburu
Meraih nasib
Tapi…
Hingga ke saat ini
Aku kehilanganmu
Tanpa secebis warkah
Atau sekelumit pesan
Anakku…
Beruntungkah kau
Mencapai maksudmu
Atau sengaja kau lupakan
Si tua ini..
Atau kau terjatuh
Dalam perangkap kota
Yang beranjau duri
Anakku…
Aku seorang ibu
Ibu yang daif ini
Sering sepi di jendela
Untuk melihat langkah
Kau pulang
Dengan wajah berseri
Menemui ibumu
Yang kepatahan
Tempat bergantung ini… 

Arif
---------------------------------------------------------------------





 

Kata-kata aluan ketua guru

 

Assalamualaikum,
Bismillahirahman nirrahim,
Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam buat rasul junjungan mulia nabi Muhamad  s.a.w.

Pertama sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian sidang redaksi majalah memberikan kesempatan dan ruang kepada saya mewakili ketua guru kafai BAP untuk mengungkapkan sepatah dua bicara dalam terbitan karya yang julung kalinya bagi pelajar sekolah ini. Syabas dan tahniah juga saya rakamkan kepada semua pihak yang telah menunjukkan komitmen yang jitu bagi menjayakan penerbitan majalah edisi pertama ini.
Penerbitan majalah ini merupakan aktiviti luar bilik darjah yang diusahakan oleh pelajar tahun 6 Ibnu Rushd dengan bimbingan daripada guru kelas iaitu ustaz Kamarulnizam Sani bagi tujuan untuk mendokumentasikan seluruh kegiatan perjalanan sekolah sepanjang tahun. Majalah ini juga merupakan satu dokemen yang berharga pada masa-masa akan datang untuk melihat gambar yang lengkap perkembangan yang telah dicapai disekolah ini.
Sebagai guru saya percaya kejayaan bukan bergantung kepada sebelah pihak sahaja .Malah bagi merialisasikan impian dan harapan menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang mempunyai pelajar cemerlang malah gemilang sahsiyahnya. Kerja sama semua pihak amat penting.Justeru itu hubungan akrab antara pihak sekolah antara ibu-bapa serta penjaga memainkan peranan utama bagi mencapai tujuan dan hasrat murni ini.
Integrasi ilmu yang bertunjangkan keagamaan dan keperluan hakiki semasa perlu diperkasa dan diperkukuh bagi menjamin jati diri pelajar terus unggul .
Akhir kalam,saya mendoakan kafai Bandar Armada Putra akan terus berjaya dalam semua lapangan dan majalah terus menjadi bahan dokumentasi yang unggul sebagai pemacu kegemilangan pelajar.
Sekian terima kasih.

Siti Nor Azlina Bt Kasrizan
GPK1.

Kata-kata aluan ketua pengawas

BISMILAHHIRAHMA-NIRRAHIM



Bersyukur kehadrat ilahi kerana memberi peluang kepada kami untuk menubuhkan sebuah majalah blog sekolah.Saya sebagai ketua pengawas ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz Kamarulnizam kerana memberi idea kepada kami untuk  membuat majalah ini.terima kasih juga diucapkan kepadaibu bapa yang sentiasa mendorong saya dalam pelajaran.Sekian ucapan saya.
Assalamualaikum.

Muhammad Azhar Bin Amley
Ketua Pengawas.

Sunday 16 October 2011

Kata-kata aluan pengerusi sekolah

Halaman dalam pembinaan

Sekalung penghargaan

Halaman dalam pembinaan

Biodata tahun 6 perempuan








Karya kreatif

Halaman dalam pembinaan

Biodata tahun 6 lelaki

Gambar kelas Tahun 6 Ibnu Rusyd sesi 2011

Gambar guru sekolah 2011

Berdiri dari Kiri: Ustazah Hanisah Bt. Seman, Ustazah Nasuha bt. Kamaruddin, Ustazah Siti Norazlina bt. syeikh Kasrizan,Ustaz Kamarulnizam b. Sani, Ustazah Normala bt. Amran, Ustazah Erni bt. Md Jais dan Ustazah Rosmawati.

Kata-kata aluan ketua pengawas

Halaman dalam pembinaan

Kata-kata aluan oleh ketua ridaksi

Halaman dalam pembinaan

Kata-kata aluan pengerusi sekolah

Halaman dalam pembinaan

Kata-kata aluan ketua guru

Halaman dalam pembinaan

Latar Belakang Belakang Sekolah

Harap maaf! Sedang dalam pembinaan